Kemahiran dadu boleh digunakan setiap kali dadu telah dicas penuh (iaitu, meter cas sudah penuh, dan dadu bersinar). Kemahiran digunakan sebelum menggolek dadu. Setiap kemahiran berbeza-beza, tetapi ia selalu digunakan dengan menyeret dan menjatuhkan dadu yang dicas ke atas sasaran. Sasaran yang sah diserlahkan apabila menyeret dadu. Sasaran semasa ditandakan dengan garis yang terang apabila digolak.
Semua dadu dengan tiga bintang dicas sepenuhnya daripada permulaan tahap, dan kemahirannya dengan serta-merta dapat digunakan. Semua dadu dengan lima bintang mempunyai keperluan cas semula yang dikurangkan sebanyak dua unit.